"Macam mana?" tanya seorang wanita kepada seorang detektif persendirian yang diupah olehnya, "sudahkah awak dapat kesan apa yang dibuat oleh suami saya setiap hari?"
Detektif itu mengangguk, kemudian berkata: "Sudah puan, saya dapati setiap hari dia masuk ke sebuah bar, kemudian ke sebuah disko, kemudian ke sebuah pusat pelacuran."
Perempuan itu tersenyum. "Hmmm...akhirnya rahsia dia bocor jugak. Er, ada apa-apa maklumat lagi yang tentang apa yang dilakukannya di tempat-tempat itu?"
"Tak ada puan," jawab si detektif, " yang saya tahu, dia ke tempat-tempat itu semata-mata kerana mengekori puan!"

No comments:
Post a Comment