Ketika seorang peguam di temuduga oleh pengarah personel sebuah korporat berlakulah dialog seperti berikut:
"Boleh saudara ceritakan tentang rekod kejujuran saudara?" tanya pengarah itu.
"Boleh," jawab peguam berkenaan, "saya kukur kepada sesiapa sahaja termasuklah ahli keluarga saya sendiri. Contohnya, bila bapa saya meminjamkan wangnya sebanyak RM10,000 kepada saya untuk menampung pembelajaran saya dulu, saya terus membayar balik wang itu sebaik sahaja selesai kes pertama saya selepas dilantik sebagai peguam."
"Hmm, menarik," kata pengarah tersebit sambil mengangguk-angguk, "apakah kes saudara yang pertama itu?"
"Kes bapa saya menyaman saya untuk mendapatkan balik wang RM10,000 tu!"
Sunday, April 8, 2012
Saturday, April 7, 2012
PERAS EMAK
"Mak, boleh pinjam RM10 tak?" tanya seorang anak kepada ibunya.
"Tak boleh!"
"Kalau emak bagi pinjam, adik akan ceritakan apa yang ayah dan orang gaji kita buat semalam."
Si emak tersentak.Dengan segera dikeluarkan not RM10 dan diberikan kepada anaknya. "Hah, apa yang mereka buat?" dia bertanya tergesa-gesa.
Si anak menjawab, "Ayah basuh kereta,orang gaji kita tu siram pokok bunga!"

SUAMI
"Macam mana?" tanya seorang wanita kepada seorang detektif persendirian yang diupah olehnya, "sudahkah awak dapat kesan apa yang dibuat oleh suami saya setiap hari?"
Detektif itu mengangguk, kemudian berkata: "Sudah puan, saya dapati setiap hari dia masuk ke sebuah bar, kemudian ke sebuah disko, kemudian ke sebuah pusat pelacuran."
Perempuan itu tersenyum. "Hmmm...akhirnya rahsia dia bocor jugak. Er, ada apa-apa maklumat lagi yang tentang apa yang dilakukannya di tempat-tempat itu?"
"Tak ada puan," jawab si detektif, " yang saya tahu, dia ke tempat-tempat itu semata-mata kerana mengekori puan!"

Friday, April 6, 2012
SEBUAH RAMALAN
Seorang kaki bola yang bertaruh dalam perlawanan akhir bola sepak antara Kedah dan Singapura menemui seorang tukang tilik. Si tukang tilik dengan penuhyakin berkata dia mengetahui keputusan perlawanan itu sebelum permainan bermula.
"Betul? kau tahu keputusannya sebelum perlawanan?"
"Ya,pasti. Keputusannya adalah kosong kosong sebelum perlawanan."
MUDA DAN TUA
"Dengan memakai baju ini," kata seorang jurujual di sebuah butik kepada seorang wanita, "puan akan kelihatan 10 tahun lebih muda."
"Kalau begitu, saya tak mahu beli," jawab si wanita.
"Mengapa?"
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)